3 Januari 2017 - 18:23
Warga Saudi Di Qatif Turun Ke Jalan Raya Peringati Ulang Tahun Pembunuhan Syeikh Nimr

Ratusan penganut mazhab Syiah di wilayah Qatif, Arab Saudi turun ke jalan raya untuk memperingati hari ulang tahun kesyahidan Syeikh Nimr al-Nimr yang dihukum bunuh oleh rejim Riyadh pada tahun lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ratusan penganut mazhab Syiah di wilayah Qatif, Arab Saudi turun ke jalan raya untuk memperingati hari ulang tahun kesyahidan Syeikh Nimr al-Nimr yang dihukum bunuh oleh rejim Riyadh pada tahun lepas.

Tunjuk perasaan itu bermula dari rumah tumpangan Shahid Khalid dengan para peserta membawa sepanduk berkaitan Syeikh Nimr sambil melaungkan slogan 'Dia Sentiasa Hidup', menurut laporan akhbar Tasnim.

Mereka mengecam tindakan kerajaan monarki negara itu yang melaksanakan hukuman tersebut dan menuduh mereka sengaja menyasarkan kumpulan cendekiawan Syiah di negara itu.

Protes yang sama juga dianjurkan di Bahrain dan Iran pada hari Ahad.

Pada 2 Januari 2016, rejim Arab Saudi melaksanakan hukuman bunuh ke atas 47 orang tahanan termasuk Syeikh Nimr,

Cendekiawan itu ditahan pada Julai 2012 dengan tuduhan menyampaikan ucapan anti-rejim dan mempertahankan hak para tahanan politik di negara itu.

Penahanan beliau mencetuskan protes besar-besaran di negara-negara Arab.